Apa ada pada air kosong?" Bila haus, minumlah, jika tak haus, tak perlu minumlah"
- inilah diantara jawapan yang biasa diberikan.
Sebenarnya kita mempunyai pusat haus di dalam otak, iaitu sama seperti
pusat mengantuk. Semakin meningkat usia, pusat haus ini didapati kurang
peka terhadap haus, dimana sebenarnya badan memerlukan air, tetapi
kita tidak merasa haus. Lama kelamaan ianya sudah menjadi satu
kebiasaan. Kita biasa mendengar jemaah haji yang sudah berumur mengalami
masalah dehidrasi, kerana mereka tidak mahu lebih awal minum banyak air
dengan alasan tidak haus.
emmmm, perlu ambil iktibar dengan kepentingan mengambil air dalam tubuh badan kita (8 gelas sehari)..tidak semestinya mengambil supplement sahaja perlu minum air dalam kuantiti yang banyak .. tapi jika tak ambil supplement pun kita perlu minum banyak air kerana hakikat sebenarnya sebahagian tubuh besar kita terdiri daripada AIR
Orang dewasa dicadangkan untuk mengambil 8 gelas air dalam sehari. Ini
termasuk air teh dan air minuman bergula yang lain. 8 gelas ini bukan
bermakna mesti air kosong semata-mata.Namun disyaratkan 70% dari 8
gelas itu adalah air kosong. Kajian menunjukkan sebahagian besar dari
kita hanya mengambil 5- 6 gelas air sehari dimana 3-4 gelas adalah bukan
air kosong.
Didalam buku ' You are not sick but you are thirsty', tulisan Dr.
Batmanghelid, dinyatakan dengan banyak sekali testimoni bagi mereka
yang dapat mengekalkan minum air sebanyak 8 gelas ini. Diantaranya dapat
menghilangkan sakit sendi, alahan kulit, muka lebih 'merah', kurang
rasa pening ketika cuaca panas atau kepenatan, malah ada yang dapat
mengawal kemarahan! Anda boleh mencari banyak maklumat tentang air ini
didalam internet.
Air adalah makhluk istimewa yang Allah ciptakan, sebahagian besar badan
manusia terdiri dari air. Kajian Dr Emoto tentang Kristal air, dimana
beliau 'terpaksa' mengaku bahawa Kristal air zam-zam adalah yang paling
cantik. Kristal ini yang dilihat melalui mikroskop khas boleh pecah
apabila air itu tercemar, dengan kata lain pada hakikatnya air ini HIDUP
atau ada ROH. Air yang dibacakan doa atau ayat-ayat AlQur'an tentulah
berbeza 'zat'nya berbanding air biasa. Maka tidak salah kita meminum
'air Yasin' atau membaca bismilah dan fatihah pada air yang akan kita
minum.
*saya pernah menulis mengenai air hasil kajian Dr Emoto ; boleh klik sini untuk baca lebih lanjut
Tayammum tidak sah bagi orang yang tiada halangan berwuduk dengan air,
sedangkan berwuduk bukan tujuan untuk mencuci kotoran pada 4 anggota
wajib wuduk. Air mempunyai aura tersendiri, dan Allah sahaja yang tahu
mengapa berwuduk wajib dengan air, sedangkan pada zaman Nabi SAW, air
umpama mutiara, kerana sukar untuk mendapatkannya.
Mudah sahaja untuk mengetahui samaada kita sudah cukup mengambil air
atau tidak, jika melihat warna air kencing kuning pekat, ini bermakna
anda kurang air.
Jika anda terasa pening kepala, lupakan dahulu mengambil panadol,
sebaliknya minumlah air kosong 2 gelas, anda lihat kesannya nanti. Pada
permulaannya anda akan kurang selesa jika mengamalkan minum air kosong
ini kerana akan lebih kerap buang air kecil, tetapi alah bias tegal
biasa. Air kosong adalah modal mudah untuk sihat.
Artikal ini ditulis oleh Dr Yusoff Abbas di link ini
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms@whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com